MakeTimePay Perolehi Ransangan Pelaburan
MakeTimePay Perolehi Ransangan Pelaburan
Syarikat baru-mula Malaysia, MakeTimePay, telah memperolehi pelaburan ketara dari Encik Simon Landsheer dari Belanda, yang merupakan seorang usahawan tersohor dan pelabur perniagaan baru-mula peringkat awal. Dana baru tersebut akan digunakan untuk mengembangkan tenaga kerja syarikat, meluaskan keupayaan platform serta membuat pelaburan untuk pemerolehan pelanggan.
“Kini sedang berlaku satu perubahan yang besar dalam cara perniagaan - perniagaan menggunakan bakat dalam sumber manusia,’ kata Landsheer, “dan MakeTimePay menerajui perubahan ini dengan menyediakan susun kerja yang fleksibel bagi kedua-dua pihak, iaitu, syarikat dan individu.
Dalam mengulas lanjut keputusannya membuat pelaburan ini, Encik Simon Landsheer berkata, “Disebabkan oleh Covid dan 4IR, belum pernah terjadi, jumlah yang amat ramai dikalangan rakyat Malaysia yang terpaksa mendapatkan pendapatan lebihan untuk kehidupan harian. Ketika ini, cara paling mudah untuk sesiapa mendapatkan wang lebih adalah dengan menjadi penghantar makanan atau kiriman, atau menjadi pemandu e-panggilan. Tetapi, ini bermakna sejumlah besar individu-individu yang berkelayakan dan ber-skil profesional yang melakukan ini adalah mereka-mereka yang tidak menjalankan pekerjaan yang sepatutnya. Mereka terpaksa menjalankan pekerjaan yang mana kadar bayarannya lebih rendah dari yang patut mereka terima, dan ini adalah disebabkan mereka tidak dapat mencapai peluang-peluang penjanaanpendapatan yang banyak terdapat di luar sana. MakeTimePay menyediakan talian atau sambungan tersebut dan menolong sesiapa saja yang berhasrat untuk memperolehi sumber kewangan dalam masa terluang mereka.
Encik Simon Landsheer menjelas lanjut bahawa MakeTimePay adalah merupakan sebuah portal KerjayaGig, yang menawarkan pilihan-pilihan kerja kepada individu dan syarikat dari pelbagai industri, menyediakan peluang-peluang KerjayaGig kepada individu-individu dari pelbagai jurusan dan skil dan dari pelbagai kedudukan taraf kerja. Untuk tujuan tersebut, walaupun portal MakeTimePay baru dilancarkan pada awal tahun ini, ianya sudah menyenaraikan lebih dari 121,000 peluang pendapatan. Ini bermakna sesiapa yang mencari pendapatan lebih boleh mendapatkan pekerjaan yang diminati dan bernilai padanya tanpa perlu menghabiskan masa dengan melayari pelbagai laman berasingan.
Beliau juga menyatakan, “MakeTimePay men`demokrasikan’ peluang perkerjaan dan memberi peluang untuk semua orang memperolehi wang menurut kemampuan dan nilai mereka sendiri. Itulah yang menjuruskan saya kepada usahaniaga ini. Mereka menyelesaikan masalah yang tidak akan lenyap setelah tamatny a tindakan-tindakan dan kekekangan-kekangan Covid. KerjayaGig untuk pelbagai skil dan kedudukan taraf kerja adalah masa depan dalam arena pekerjaan.”
Pare penyelidik dari Amerika Syarikat telah meramalkan bahawa menjelang 2025, sekurang-kurangnya setengah dari jumlah tenaga kerja rakyat Amerika akan berkerja melalui kaedah kerjayaGig. Encik Simon Landsheer, yang sudah bermastautin in Malaysia selama lebih dari 11 tahun, berkata beliau percaya masa depan arena pekerjaan adalah kerjayaGig dan keutamaan cara majikan menawarkan pekerjaan dan keutamaan cara pekerja memohon pekerjaan kontrakkontrak jangka pendek akan berkembang ke seluruh Asia dengan pantas.
Pengasas Bersama MakeTimePay, Encik Shahryn Azmi, menjelaskankan bahawa memperolehi pendanaan luar adalah satu kebiasaan bagi sesebuat syarikat baru - mula yang cepat perkembangannya. Beliau berkata, “Dalam perjalanan kami, kami telah menemui ramai yang berpotensi menjadi pelabur tapi Encik Simon cepat memahami potensi perniagaan ini dan beliau selari pendapat dengan misi kami. Kesinambungan antara kami dan Encik Simon dan kebolehan beliau dalam menyumbang pendapat adalah amat luar biasa. Kami sangat beruntung dengan keputusan beliau untuk menyertai kami.”
Simon Landsheer adalah Pengurus Pekongsi di Impiro. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://impiro.com/founders/simon-landsheer/
Informasi lanjutan MakeTimePay boleh didapati di: https://maketimepay.com/about
Setiap hari ada berita dan pernyataan Kerajaan yang mendorong orang ramai untuk belajar pengaturcaraan komputer, atau pengekodan. Keupayaan teknikal ini adalah untuk membantu semua orang mampu mengekalkan pekerjaan mereka dan mencari peluang kerja baru. Ramai menyebutnya sebagai 'keperluan masa depan' kerana bekerja di masa depan sangat berkaitan dengan teknologi. Jadi, jawapan untuk pertanyaan Adakah patut anda belajar pengaturcaraan adalah Ya! : Dan kami sangat pasti dengan ini,.
Sebenarnya ada banyak kesilapan yang dilakukan oleh pencari kerja bila mereka menghadiri sesi temuduga. Kalau sikit-sikit, mungkin masih boleh diterima tapi kalau kesemua kesilapan ini dibuat serentak, akibatnya mungkin buruk. Mereka mungkin akan menghentikan sesi temuduga lebih awal dari sepatutnya atau sekurang-kurangnya mereka tak akan terfikir untuk membawa anda untuk peringkat selanjutnya. Apa yang lebih teruk lagi ialah sebenarnya kesilapan ini boleh dielakkan. Sangat-sangat boleh dielakkan.