Patutkah Saya Belajar Pengaturcaraan Komputer?

Kongsi Artikel Ini
Kongsi Artikel Ini

Patutkah Saya Belajar Pengaturcaraan Komputer?

Setiap hari ada berita dan pernyataan Kerajaan yang mendorong orang ramai untuk belajar pengaturcaraan komputer, atau pengekodan. Keupayaan teknikal ini adalah untuk membantu semua orang mampu mengekalkan pekerjaan mereka dan mencari peluang kerja baru. Ramai menyebutnya sebagai 'keperluan masa depan' kerana bekerja di masa depan sangat berkaitan dengan teknologi. Jadi, jawapan untuk pertanyaan Adakah patut anda belajar pengaturcaraan adalah Ya! : Dan kami sangat pasti dengan ini,.

Walau bagaimanapun, jika anda nak tanya sama ada belajar ‘coding’ komputer sangat serupa dengan adakah patut belajar memasak? Jawapan untuk itu juga adalah YA dan tidak dapat disangkal, tetapi soalan sebenarnya ialah di tahap kepakaran yang mana yang patut anda belajar? Dan sebab itulah anda kena faham belajar untuk menjadi Eksekutif Hotel adalah sangat berbeza dengan belajar memasak untuk setakat mampu memasak di rumah untuk keluarga setiap hari.

It is suggested to learn (or at least understand) programming
Digalakkan untuk belajar (atau sekurang-kurangnya memahami) pengaturcaraan

Sekiranya anda memulakan kehidupan kerja dan karier anda sekarang, kepakaran untuk ‘coding’ dan pengaturcaraan pasti merupakan pilihan profesional yang sangat berharga. Dengan kemampuan ini, masa depan dan pilihan kerja anda hampir tidak terhingga. Banyak syarikat sedang menyediakan peluang pekerjaan ini.

Sekiranya anda seorang berkerjaya profesional, mempunyai pengetahuan dalam pengaturcaraan dan ‘coding’ anda masih akan hadapi cabaran dan terpaksa bersaing dengan pemohon lain. Ini kerana bagi anda yang sudah mempunyai pengalaman dalam bidang profesional selama 15 hingga 20 tahun untuk anda memulakan kerjaya baru dengan tahap pendapatan yang tinggi, sama seperti yang anda miliki sebelum ini bukan mudah setelah anda mulakan kerjaya baru sebagai ahli ‘coding’ dan pengaturacaraan.

Jika anda baru nak memulakan kerjaya, menjadi seorang yang pakar dalam bidang ‘coding’ dan pegaturcaraan adalag merupakan satu kerjaya yang bernilai tinggi. Dengan kemampuan ini, masa hadapan dan peluang kerjaya anda terbuka luas, tanpa sempadan. Tapi, jika anda pernah memiliki kerjaya lain, dan baru mahu memulakan kerjaya sebagai pakar ‘coding’ dan pengaturcaraan anda mungkin akan berhadapan dengan beberapa cabaran dari segi peluang untuk dipilih bekerja di mana-mana syarikat atau peluang untuk naik pangkat. Ini kerana memulakan kerjaya baru selepas berpengalaman kerja selama 15 hingga 20 tahun dalam bidang lain tak akan dapat memberikan anda peluang pendapatan yang sama seperti yang anda pernah miliki dulu ketika anda dalam bidang kerjaya sebelumnya.

Sebagai seorang yang hendak bertukar kerjaya dalam bidang ‘coding’ atau pegaturcaraan, anda perlu belajar ilmu asas ‘coding’. Mungkin anda boleh belajar “Introduction to Python” atau ilmu pengaturcaraan yang mudah dan asas. Apa yang anda nak buat dengan ilmu asas yang anda ada terpulang kepada anda

“ ... tetapi jika anda tidak mempunyai ilmu asas pada masa sekarang, ianya merupakan satu kekurangan kepada anda samada secara profesional dan untuk tujuan sosial.”

Dengan kata lain, anda harus mengetahui sejauh mana anda mahir dengan teknologi komputer dan internet sekarang. Anda mungkin berkomunikasi melalui WhatsApp dan bahkan mempunyai akaun Facebook, tetapi adakah anda mempunyai LinkInd? Atau SnapChat? Anda mungkin mahir membelibelah dalam talian melalui Lazada atau Shopee tetapi adakah anda tahu bagaimana mencari peluang pekerjaan di internet atau bagaimana nak mengikuti kursus atau program untuk meningkatkan kemahiran anda? Adakah anda tahu apa itu Trello?

Berapa kerap kita menggunakan aplikasi yang paling popular tidak menjadikan siapa pun menjadi pakar teknologi, tetapi pendedahan secara berterusan kepada pelbagai aplikasi, komuniti dan penyertaan dalam aktiviti secara online dapat meningkatkan keselesaan anda dengan internet sehinggakan anda boleh dilabelkan sebagai “power” atau pakar. Dan itu pasti menjadi satu kelebihan untuk anda dapatkan peluang pekerjaan yang anda minati.

Kongsi Artikel Ini
Anda mungkin juga berminat
4 Mei 2021

Sebenarnya ada banyak kesilapan yang dilakukan oleh pencari kerja bila mereka menghadiri sesi temuduga. Kalau sikit-sikit, mungkin masih boleh diterima tapi kalau kesemua kesilapan ini dibuat serentak, akibatnya mungkin buruk. Mereka mungkin akan menghentikan sesi temuduga lebih awal dari sepatutnya atau sekurang-kurangnya mereka tak akan terfikir untuk membawa anda untuk peringkat selanjutnya. Apa yang lebih teruk lagi ialah sebenarnya kesilapan ini boleh dielakkan. Sangat-sangat boleh dielakkan.

8 Nov 2021

Syarikat baru-mula Malaysia, MakeTimePay, telah memperolehi pelaburan ketara dari Encik Simon Landsheer dari Belanda, yang merupakan seorang usahawan tersohor dan pelabur perniagaan baru-mula peringkat awal. Dana baru tersebut akan digunakan untuk mengembangkan tenaga kerja syarikat, meluaskan keupayaan platform serta membuat pelaburan untuk pemerolehan pelanggan.